Tips Menunggang Basikal Secara Berkumpulan

Menunggang Basikal | Platform Insurans Kereta

Ada antara anda yang gemar melakukan aktiviti berbasikal? Lebih-lebih lagi berbasikal secara berkumpulan?

Jika ya, jom baca perkongsian kami mengenai tips untuk menunggang basikal secara berkumpulan!

Lumba Basikal | Platform Insurans Kereta

1. Kekalkan Jarak Antara Basikal
Sila pastikan bahawa terdapat ruang jarak di antara basikal anda dengan penunggang basikal yang lain. Hal ini kerana untuk mengelak daripada berlakunya sebarang perlanggaran antara satu sama lain.

2. Elak Berbasikal Secara Beriringan
Pastikan anda semua berada di dalam satu barisan, seorang demi seorang, semasa berada di jalan raya yang sempit atau sibuk. Hal ini supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain dan semestinya untuk mengelak daripada membahayakan nyawa anda.

Menunggang Basikal Beramai-Ramai | Platform Insurans Kereta

3. Berbasikal Di Sebelah Kiri Jalan Raya
Anda haruslah menggunakan laluan basikal yang telah disediakan di sebelah kiri jalan raya ataupun di bahu jalan. Ianya supaya untuk mengurangkan risiko kemalangan.

4. Pakai Topi Keledar Khas Untuk Berbasikal
Pastikan anda memakai saiz topi keledar yang bersesuaian, dan hendaklah dipakai dengan betul. Ianya supaya jika berlaku sebarang kemalangan, anda tidaklah menghadapi kecederaan yang teruk.

Basikal | Platform Insurans Kereta

Sumber Rujukan: Jabatan Keselamatan Jalan Raya

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda demi menjaga keselamatan diri anda, penunggang basikal lain, serta pengguna jalan raya.

Renew Online | Platform Insurans Kereta

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.