Sila Beri Isyarat Semasa Memandu

Isyarat Memandu | Platform Insurans Kereta

Adakah anda tahu dan sedar bahawa dengan memberi isyarat semasa memandu, anda boleh mengelakkan kemalangan daripada berlaku dengan memberitahu niat anda kepada pengguna jalan raya yang lain?

Sentiasalah beri isyarat yang betul dengan lebih awal sebelum anda menukar arah pemanduan. Hal ini bagi memudahkan pengguna jalan raya yang lain untuk bertindak dengan betul.

Beri Isyarat | Platform Insurans Kereta

Pastikan anda memberi isyarat jika ingin:
– Membelok ke kiri ataupun ke kanan.
– Menukar lorong.
– Memotong kenderaan lain.
– Bergerak keluar dari tepi jalan raya.
– Berhenti di tepi jalan raya.

Ingat ya, beri isyarat terlebih dahulu! Anda mampu menyelamatkan nyawa anda dan pengguna jalan raya yang lain.

Sumber Rujukan: Jabatan Keselamatan Jalan Raya

Renew Online | Platform Insurans Kereta

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.