Risiko Basikal Lajak

Basikal Lajak | Platform Insurans Kereta
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar: TheStar

Seringkali kita dengar di siaran berita mengenai penggunaan basikal lajak yang semakin hari semakin membimbangkan. Ianya telah menjadi ikutan kanak-kanak dan hal ini mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda antara risiko-risiko penggunaan basikal lajak. Jom baca!

1. KEDUDUKAN KERUSI YANG TINGGI
Kedudukan kerusi tersebut tidak sesuai dan boleh mengakibatkan sakit tulang belakang.

2. TIDAK MEMPUNYAI BREK
Kelajuan basikal lajak sukar untuk diperlahankan / diberhentikan kerana tidak mempunyai brek. Perkara ini amat membimbangkan kerana bakal mengundang risiko kemalangan.

2 Basikal Lajak | Platform Insurans Kereta
Gambar sekadar hiasan. Sumber gambar: Bernama – The Sun Daily

3. TIDAK MEMPUNYAI LOCENG
Sukar untuk menarik perhatian orang ramai jika berlaku sebarang kecemasan.

4. TIDAK MEMAKAI HELMET
Tiada perlindungan khas di kepala dan boleh meningkatkan risiko kecederaan.

AMARAN PENTING: Ibu bapa boleh didenda sebanyak RM20,000 atau penjara selama 5 tahun sekiranya terbukti mengabaikan keselamatan anak-anak di bawah umur yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak.

Sayangilah nyawa dan utamakan keselamatan.

Sumber Rujukan: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

P/S: Kepada ibu bapa yang ingin memperbaharui insurans kereta, jom perbaharuinya secara dalam talian di SUREPLIFY. Mudah & pantas!

Renew Online | Platform Insurans Kereta

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.