Maksud Papan Tanda Jalan Raya Yang Anda Patut Tahu!

Kita pasti akan terlihat papan tanda yang berlainan semasa berada di jalan raya. Tahukah anda bahawa setiap papan tanda yang berlainan itu mempunyai maksudnya yang tersendiri?

Jom kita fahami!

1.Warna Papan Tanda

A. Papan tanda berwarna biru
(Maksud: Lebuhraya persekutuan tanpa tol)

B. Papan tanda berwarna hijau
(Maksud: lebuhraya ekspres yang bertol)

Warna Papan Tanda | Platform Insurans Kereta

Sumber Gambar: Sinar.my

2. Jenis Jalan Raya Berdasarkan Huruf & Nombor

A. Huruf E di hadapan
(Maksud: Lebuhraya Tol Ekspres. Contoh: E2, E12 dan pelbagai lagi)

B. Nombor di hadapan
(Maksud: Lebuhraya persekutuan. Contoh: 23, 302 dan pelbagai lagi)

C. Gabungan huruf selain daripada E dan digit
(Maksud: Lebuhraya negeri. Contoh: N10, iaitu lebuhraya di Negeri Sembilan)

jenis Jalan raya | Platform Insurans Kereta

Sumber Gambar: Sinar.my

3. Warna Huruf Di Papan Tanda

A. Warna kuning
(Maksud: Nama jalan)

B. Warna putih
(Maksud: Nama bandar ataupun kawasan)

Warna Huruf Di Papan Tanda | Platform Insurans Kereta

Sumber Gambar: Sinar.my

4. Anggaran Jarak Destinasi

A. Destinasi yang diletakkan pada papan tanda paling atas
(Maksud: Destinasi tersebut adalah yang paling jauh)

B. Destinasi yang diletakkan pada papan tanda paling bawah
(Maksud: Destinasi tersebut adalah yang paling dekat)

Papan Tanda Jarak Destinasi | Platform Insurans Kereta

Sumber Gambar: Sinar.my

5. Papan Tanda Berlainan

A. Huruf berwarna hijau berlatarbelakang putih / Huruf berwarna putih berlatarbelakang maroon
(Maksud: Tempat tumpuan pelancong)

B. Huruf berwarna oren berlatarbelakang hijau
(Maksud: Institusi kerajaan)

C. Huruf berwarna hitam berlatarbelakang putih
(Maksud: Bandar atau kawasan)

Papan Tanda Zoo negara | Platform Insurans Kereta

Sumber Gambar: Utusan Online

Jadi, bagaimana? Semoga anda lebih faham & tidak terkeliru lagi semasa berada di jalan raya.

Angguk dan faham | Platform Insurans Kereta

Sumber Rujukan: Sinar.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.