Lampu isyarat rosak. Siapa patut jalan dulu?

Pasti anda pernah mengalami situasi di mana terdapat lampu isyarat rosak ketika sedang memandu di jalan raya, betul kan?
Ramai pengguna jalan raya yang akan berasa panik, ragu-ragu dan keliru untuk menentukan siapa yang harus mendapat keutamaan laluan.
Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda beberapa perkara yang anda perlu lakukan jika berdepan dengan situasi seperti ini pada masa akan datang.
PERTAMA
Sebaik sahaja anda ketahui lampu isyarat di jalan tersebut sedang rosak, anda haruslah memperlahankan pergerakan kenderaan anda.
KEDUA
Beri laluan kepada kenderaan yang mendahului anda semasa memasuki persimpangan.
KETIGA
Sekiranya anda dan kenderaan yang lain tiba pada waktu yang sama, berilah laluan kepada kenderaan yang datang daripada sebelah kanan terlebih dahulu.
KEEMPAT
Pastikan anda tidak berasa teragak-agak dan teruskan pemanduan dengan lebih berhat-hati.
Dengan ini, kami berharap tips ini dapat diamalkan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Jangan terburu-buru. Ketahuilah bahawa kesabaran anda mampu menyelematkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Sumber Rujukan: JKR Malaysia
[…] Sumber: Sureplify […]