Jom Pergi!
5 Bazar Ramadan Popular Sekitar Kuala Lumpur

Ramadan sudah kembali! Pasti ada antara anda yang sudah merancang untuk memikirkan tentang juadah yang hendak disediakan semasa berbuka puasa nanti. Betul tak?

Tetapi, tidak semua antara kita yang sempat hendak memasak sendiri di rumah. Kadang kala, balik kerja dan sampai ke rumah pun memang tepat pada waktu berbuka puasa.

Bagi anda yang tidak sempat untuk memasak juadah sendiri ataupun teringin untuk membeli kuih-muih, jom lihat senarai bazar ramadan popular sekitar Kuala Lumpur ni!

1. Bangsar

Terletak bersebelahan dengan pusat membeli belah iaitu Bangsar Village.

Juadah Terkenal: Ayam Percik dan Popia Basah.

Sumber Gambar: Lepak.my

2. Kampung Baru

Boleh dikatakan semua juadah berbuka puasa yang dijual di sini memang sedap-sedap! Dibuka pada pukul 3 petang.

Sumber Gambar: Lepak.my

3. Jalan Tunku Abdul Rahman

Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Segala juadah boleh didapatkan di sini!

Juadah Terkenal:  Nasi Kerabu dan Nasi Berlauk.

Sumber Gambar: Lepak.my

4. Taman Tun Dr. Ismail

Bazar ramadan terkenal bagi penduduk sekitar Damansara.

Juadah Terkenal:  Nasi Lemak Kukus, Roti John dan pelbagai lagi!

Sumber Gambar: Lepak.my

5. Taman Melawati

Dikatakan, ramai artis-artis tempatan yang membuka gerai jualan di bazar ramadan di sini!

Sumber Gambar: Lepak.my

Jadi, bagaimana? Sudah merancang masa atau hari untuk pergi ke bazar ramadan yang anda ingini?

Sumber Rujukan Artikel: Lepak.my

 

Oh, sebelum itu, terdapat beberapa tips tambahan untuk para pembaca yang disayangi:

a. Rancang untuk pergi dengan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik yang teruk.

b. Pastikan anda meletak kenderaan anda di tempat yang selamat dan tidak mengahalang sebarang laluan.

c. Jangan lupa untuk kunci kenderaan anda!

Akhir sekali, Sureplify ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan & Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.