Cara Pakai Tali Pinggang Keledar Yang Betul

Lelaki Pakai Tali Pinggang Keledar | Platform Insurans Kereta

Adakah anda sedar bahawa pemakaian tali pinggang keledar yang betul boleh mengurangkan risiko kecederaan jika terjadinya sesebuah kemalangan?

Dalam artikel kali ini, kami ingin berkongsikan kepada anda semua tentang cara pemakaian tali pinggang keledar yang betul. Jom baca!

Perjalanan | Platform Insurans Kereta
  • Pastikan anda meletakkan tali bahu melintangi bahagian tengah dada dan menjauhi leher anda.
  • Suaikan tali paha melintangi paha anda, iaitu di bahagian bawah perut.
  • Jangan sesekali meletakkan tali bahu di belakang badan ataupun di bawah lengan anda.

Bagaimana untuk memastikan kesesuaian tali pinggang keledar anda?

Ujian Tali Pinggang Keledar | Platform Insurans Kereta

1. Apabila membeli kereta baharu, pastikan tali pinggang keledar boleh dipakai dengan kemas.

2. Jika ia tidak boleh dipakai dengan kemas, minta penjual kereta memasangkan pelaras tali pinggang keledar, supaya membolehkan ia dipakai dengan kemas.

3. Hubungi pengilang kereta anda jika anda memerlukan ruang tali pinggang keledar yang lebih besar.

4. Jika anda memandu kereta lama atau kereta klasik, hubungi pengilang supaya anda boleh melengkapkan kereta dengan tali pinggang keselamatan yang terkini yang lebih selamat.

Tali Pinggang Keledar | Platform Insurans Kereta

Ingat, pastikan anda sentiasa memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan! Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga, dan rakan-rakan anda, okay? Peringatan untuk kita semua..

Sumber Rujukan: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia

Renew Online | Platform Insurans Kereta

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.