7 Tips Bersih Kereta Dengan Mudah & Jimat!

Bersihkan Kereta | Platform Insurans Kereta

Kereta anda akan nampak lebih cepat berusia jika tidak dijaga dengan betul. Jadi di sini kami ingin berkongsikan kepada anda tips-tips untuk membersihkan kereta anda dengan mudah serta menjimatkan.

Jom baca!

1. Menjaga upholsteri kulit.
Sapukan minyak zaitun pada permukaan kulit supaya ia kekal berkilat dan boleh elakkannya daripada merekah.

2. Mengilatkan lampu kereta.
Lampu kereta akan bertukar menjadi pudar selepas beberapa tahun. Untuk mengilatkannya semula, sapukan ubat gigi pada permukaan lampu tersebut untuk beberapa minit dan setelah selesai, cucikannya dengan air.

Kilatkan Lampu Kereta | Platform Insurans Kereta
Sumber Gambar: Buzzkini.com

3. Menghilangkan kesan calar.
Selain menjadikan lampu lebih berkilat, ubat gigi juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan-kesan calar halus yang terdapat pada bahagian luar kereta.

4. Membuang pelekat.
Pelekat selalunya akan meninggalkan kesan gamnya pada permukaan. Anda boleh membasahkan permukaan itu dengan cuka untuk beberapa minit sebelum menghakisnya.

Sumber Gambar: SAYS

5. Menghilangkan karat.
Minuman berkarbonat Coca Cola boleh digunakan untuk menghilangkan pelbagai jenis kekotoran dan karat. Lakukannya dengan segera sebelum ia mula merebak ke bahagian yang lain.

6. Membersihkan bulu haiwan peliharaan.
Bgai mereka yang selalu membawa haiwan peliharaan di dalam kereta, pastinya mereka akan berdepan dengan masalah bulu yang melekat pada temoat duduk. Anda boleh membasahkann pemukaan dengan air, dan seterusnya dan seterusnya gunakan bilah pembersih cermin.

7. Mengilatkan tayar.
Gunakan campuran serbuk penaik (baking soda) dan juga sabun basuh pinggan pada permukaan tayar. Selepas itu, bersihkannya dengan air.

Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat kepada anda dalam menjaga kereta dengan sebaik-baiknya.

Sumber Rujukan: Gempak

Renew Online | Platform Insurans Kereta

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.