5 Perkara Yang Mesti Dielakkan Ketika Memandu

Pasangan Memandu | Platform Insurans Kereta

Adakah anda sedar bahawa kebanyakan perkara yang biasa kita lakukan semasa memandu boleh membahayakan keselamatan & nyawa kita?

Jom lihat perkongsikan kami mengenai perkara yang mesti dielakkan ketika memandu:

1. Elakkan untuk makan & minum semasa memandu.
Ia boleh menyebabkan anda hilang kawalan ketika memandu dan boleh membawa kecelakaan.

Makan Di Dalam Kereta | Platform Insurans Kereta

2. Jangan sesekali membuang sampah keluar daripada tingkap kenderaan anda.
Jadilah rakyat yang bertanggungjawab, dan jangan bersikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kebersihan persekitaran lebuh raya.

3. Elakkan untuk menghisap rokok semasa memandu.
Merokok juga dianggap berbahaya. Hal ini kerana ia boleh mengkhayalkan pemikiran si pemandu.

Merokok Di Dalam Kereta | Platform Insurans Kereta

4. Elakkan bersolek semasa memandu.
Jangan membahayakan nyawa anda demi ingin kelihatan lebih cantik dengan memakai alat solek ketika memandu.

5. Jangan menggunakan telefon dan selfie/wefie semasa memandu.
Perbuatan seperti ini telah banyak dilaporkan sebagai punca terjadinya kemalangan di jalan raya.

Selfie Di Dalam Kereta | Platform Insurans Kereta

Dengan ini, kami berharap agar anda semua akan menjadi pemandu yang lebih prihatin dalam mengutamakan keselamatan semasa memandu di jalan raya.

Sumber Rujukan: PLUS Malaysia

Renew Online | Platform Insurans Kereta

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.